Assalamualaikum w.b.t,
Kali ni kite nak share mengenai satu produk yang baru kite ambil iaitu Kolagen Activ. Memandangkan usia dah 30an jadi perlulah makanan tambahan untuk kekal sihat, cantik dan bertenaga gitewww. Kite tertarik untuk cuba produk ni sebab banyak manfaatnya seperti yang tertera pada kotak. Produk ni boleh didapati di Farmasi Guardian dengan harga yang berpatutan ( x ingat pulakkk berapa RM)
OK inilah dia rupa kejadian Kolagen Activ itu.
Satu kotak ada 15 paket..kalo consume hari-hari sebulan kena beli 2 kotak. Setakat ni kite amalkan sehari sekali ambil sebelum sarapan pagi.
Sori nakkk..gambo mak terbalik..nanti bila free kite betulkan ye..huhu..Ini gambar belakang kotak. Kolagen ni boleh diambil bersama minuman atau makanan lain samada sejuk atau panas..Nak campur dalam air masak macam tu je pun boleh..tapi..tapi...rasa dia agak x berapa best lahh..sebab yang ni memang plain kolagen tanpa sebarang tambahan perasa.
Ini pandangan sisi kotak. Antara kebaikan Kolagen Activ sila baca.hahahahah.
Kita selalu masukkan kolagen ni dalam nestum 3 in 1. Sebelum g keje tu bancuh kejapp..memang sesuai untuk orang malas yang tak banyak masa.heeee.
Sekarang ni kite ambil baru tak sampi satu kotak lagi..baru seminggu ambil. Setakat ni tak Nampak sangat kesan.Cuma kite rasa lebih bertenaga dan tumit kaki pun dah kurang pecah. Apa-apa produk yang kita ambil pun yang penting kena minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari barulah cepat sikit Nampak kesannya.
Siapa nak cuba silakan..nanti kite update lagi kat sini bila dah habis satu kotak..okey uolss..tata.
****update****
Setakat ni kite dah ambil masuk 4 kotak. So far ok la..kulit muka makin sekata dan tumit kaki takde dah pecah2. Keseluruhan kite rasa kulit lebih moist sebab tu continue juga amalkan kolagen ni. Sekian :)
****update****
Setakat ni kite dah ambil masuk 4 kotak. So far ok la..kulit muka makin sekata dan tumit kaki takde dah pecah2. Keseluruhan kite rasa kulit lebih moist sebab tu continue juga amalkan kolagen ni. Sekian :)