Tuesday, January 13, 2015

Bergedil Udang Kering

 
Assalamualaikum..
 
Cuti hujung minggu baru ni takde aktiviti sangat. Kemas-kemas rumah je. Biasa la bila kemas rumah kejap je dah sepah semula. Maklumla anak ramai macam tu lah. Jadi kemas pon ala kadar ajelah. Kalau sepah sangat serabut pulak mata ni nk tengok. Lepas kemas-kemas fikir lah pula nak masak apa. Memandangkan dah lama x makan bergedil, kite teringinla pulak nak buat. Hmm..daging cincang x de stok...jadi kite gunakan udang kering lah. Sedap tau bergedil udang kering ni. Cara buat pon simple aje. En asben pon suke..dia x cakap dia suke..tapi kite tau la..sebab dia yg makan banyak!
 
Bahan-bahan:
 
4 biji kentang
2 sudu udang kering
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
sedikit daun sup
bawang goreng
sedikit garam dan gula
Sebiji telur - untuk menggoreng
 
Cara-cara
1. Kupas kentang. Potong bentuk wedges dan goreng.
2. Setelah masak, angkat kentang dan lecek hingga halus.
3. Tumbuk bawang merah,bawang putih dan udang kering.
4. Tumis hingga agak garing
5. Campurkan bahan tumis dan kentang yang telah dilecek. Gaul hingga sebati.
6. Campurkan daun sup,bawang goreng, sedikit garam dan gula.
 
 
7. Bentukkan adunan seperti di atas
8. Celupkan telur dan goreng.Siap!!

 
Memang sedapp!! Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment