Assalamualaikum...
Balik dari keje dan lepas tu joging..balik joging terus masak. Itula rutin harian kite setakat ini. Bila dah penat masak yang simple-simple aje sudahla. Janji en asben dan anak-anak dapat makan. Memandangkan ada baki nasi petang semalam maka harini kite cadang nak buat nasi goreng cina. Resepi nasi goreng cina ni dah selalu kite buat sebab ia senang, sempoi dan sedap..ambuih 3 S pulakk. Sebab tu tajuk resepi pon terlajak sempoi..sebab memang sangat sempoi.Hehehe. Resepi ni anak buah kat ofis yang bagi. Kalo nak lagi best nasi goreng ni boleh makan dengan lauk lain macam telur bungkus, paprik dan sebagainya. Meh la tengok bahan-bahan dan cara masak.
Bahan-bahan:~
4 cawan nasi putih
6 ulas bawang putih - dicincang/tumbuk
2 biji telur
sedikit daging ayam
sayur-sayuran/lobak
sedikit lada sulah
sedikit minyak bijan
garam dan gula
1. Panaskan kuali dan gorengkan telur terlebih dahulu. Buat telur goreng hancur. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih sehingga agak kering
3. Masukkan ayam dan lobak yang telah dipotong dadu - kite x letak sebab x ada stok ayam
4. Masukkan nasi putih, gaul rata dan masukkan kobis.
6. Tarraaaaaaaaaaaaaaa!!! siap
Sedap makan panas-panas! Selamat Mencuba ya!!
No comments:
Post a Comment