Sunday, January 4, 2015

Carrot Cake Sedapp!..

Assalamualaikum...
Entry pada kali ini adalah mengenai kek kegemaran kite iaitu Kek lobak merah. Walaupon gemar tapi bukan selalu raser nak makan. Ade masa-masa dia je. Ngade-ngade kan..hihi. Kadang-kadang beli je kt Secret Recipe. Tapi lagi best kalo buat sendiri. Lagi puas ati sbb kita bole letak bahan-bahan yang kite suke. Setelah kite belek-belek resepi yang ade kt internet, kite tertarik hati nak cube resepi daripada Encik Mat Gebu. Nampak sedap je kek yang Encik Mat Gebu buat. Bukan setakat kek je..segala mak nenek yang dia masak mmg nampak menyelerakan! haha.
 
Meh kite share resepi yang digunakan
 
 
Sumber Asal: Mat Gebu (Heavenly Carrot Cake)
 
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering               - kite x letak
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
70 g mentega tanpa garam
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.
 
 
1. Baru siap masak kene sejukkan dulu sebelum bubuh cream cheese
 
 
 2. Sapu cream cheese atas kek, Ikut kreativiti masing-masing. Kite mmg x kreatif..sapu ikut suke je..hishhhh! kikikik
 
 
 3. Bole la potong dan ngappp...atas dia kite tabor Hawaiian coconut. Konon-konon adelah hiasan sikit, tidaklah togel je kek kite ni kan.Nyummm mmg sedap.

 
Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment