Assalamualaikum w.b.t,
Pada 7 Januari 2016 kami daripada group merendek and the gang telah melawat sebuah keluarga asnaf di Jaya Gading, Kuantan. Pada asalnya ahli group Pn Fiza ada terbaca di mukabuku berkenaan keluarga asnaf ni. Jadi dia pun war-warkan pada semua siapa yang nak join bantu apa yang mampu dan seikhlasnya. Alhamdulillah kami berlima dapatlah menyumbang keperluan harian keluarga ini. Diharap bantuan yang tidak seberapa ini dapat membantu meringankan sedikit beban dan penderitaan yang mereka alami.
Serba sedikit mengenai keluarga ini..Mereka 5 beradik dan telah kematian ayah akibat penyakit kanser. Ibu tiada pekerjaan tetap. Anak sulungnya banyak membantu mencari pendapatan keluarga bagi membantu adik-adik yang masih bersekolah.
Keadaan rumah mereka di PPRT Jaya Gading, Kuantan.
Kami dan adik shahrul...dua orang ahli geng takde dalam gambo sebab jauhhh.
Shahrul..anak sulung yang banyak membantu ibunya mencari tin-tin kosong untuk dijual bagi menyara keluarga. Semoga kau kuat dikk..Masa ni ibu dan adik bongsunya pergi mencari besi buruk untuk dijual.
Bersyukurlah kita kepada Allah yang mencukupkan keperluan makan dan minum kita. Banyak lagi insan kat luar sana yang derita dan sengsara bergelut untuk meneruskan kehidupan. Hidup ini perlu sesekali pandang ke bawah..barulah kita nampak betapa banyaknya nikmat yang telah Allah beri kepada kita selama ini berbanding insan-insan lain. Jadi, tanggungjawab kita untuk membantu mereka. Insya Allah nanti Allah juga akan permudahkan segala urusan kita. Amiin..Allahumma Amin.