Monday, January 5, 2015

Cerita Balik Kampung 3-4 Jan 2014

 Assalamualaikum...
 
Sabtu lepas kite balik ke kampung halaman di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Misi balik ni adalah nak amik Haikal sebab dia dah duduk kat kg sepanjang cuti sekolah. Sepupu2 dia sume dah balik KL tu yang dia suruh jugak kite amik dia. Dah takda geng dah xnak duduk kg. Balik pon kejap je sbb en asben a.ka driver susah nk cuti. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak melepaskan rindu pada mak dan pada kg halaman. Kat sini la kite dilahir dan dibesarkan. Skang ni dah tua dah pon. Sob..sob..sob..Cepatnya masa berlalu...kan..

Kat tepi-tepi umah mak ada tanam pokok-pokok buah juga. Tapi  takde la banyak sebab kat sini banyak monyet-monyet yang kadang-kadang rosakkan pokok yang baru nak hidup. Yang gambar bawah ni pokok ciku..mak tanam masa Haikal lahir. Biasa la orang tua..nak buat kenangan katanya. Jadi, pokok ciku ni sebaya dengan Haikal. Dah nak masuk 6 tahun. Sebelah pokok ciku tu pokok jambu air. Tak pasti pula dah pernah berbuah ke tidak.hehehe
 
Tengok ni..banyak gak berbuah kali ni 

Ciku yang dah siap dibersihkan. Tinggal tunggu masak baru bole ngappp.. 

Bebudak ni kalo kat kampong memang suke sangat sebab laman pun luas..bebas nak main lari-lari. Kalau kat Kuantan memang terhad la..maklumla rumah kecik. Ni tiga-tiga x mandi lagi..bia puas main baru mandi..hehe
 
 Si comel yang hensem kat bawah ni nama dia Miki. Tengah termenung teringatkan sape tah dia ni..geram je tgk dia lepak sekor-sekor kt luar ni..dengan angin sepoi-sepoi bahasa mmg bole tetido dibuatnya. Tengok je lah mata tu dah tak boleh nak buka!
 
 Haikal paksa Miki amik gambo dengan dia..sian Miki..muke terpakse..hahahaa 

Koleksi kaktus mak yang comel-comel..macam-macam jenis hade
 
 yang versi gantung pon hade...
 
 Ni tak tau bunga apa..tp memang cantik kalau berbunga lebat macam ni..
 
 Kucing jalanan yang menumpang kat tepi rumah...
 
 Pokok-pokok lada kampong yang mak tanam. Kalau buat ulam memang terangkat!! ade berani? heheheh. Kite lagi suka lada kampong daripada lada yang lain sebab bau dia pon dah boleh memecahkan selera tau..
 
 Nampak bawah ni geram je tgk lada ni..besar jugak buahnya
 
Nak g mana pulak la budak berdua ni..tp raser dah boleh agak da..mesti nak kejar ayam kat belakang umah...berani betul budak-budak ni..nasib tak kene patuk dengan mak ayam..haiihhhh
 
ek ehhh...
 
 
 
..
 
 
 
...
 
 
 
....
 
 
 
.......
 
 
 Si kecik ni pon naik join jugokkkk!!
 
 Tengah round keliling umah..tetibe ade pakcik ni datang jual ikan kering gelama. Fresh katanya. Kita beli la 3 peket. Satu peket dia jual RM 2. Okla kan..
 
 Goreng garing sedappp ni..makan dengan nasi panas-panas..ulam lada kampong cicah kicap..hahaha...
 
 Sebelum balik ke Kuantan sempatla kita melawat anak adik. Lahir 8 Disember 2014. Nama panggilan Aish..nama sebenar...sori Mak Na x ingat la nama panjang awak...hehehehe. Mama dia kate Aish tak nak tdo malam..asyik menangis je..biasa la tu tak abih pantang lagi...Insha Allah akan Ok nanti.
 
Aish dan Mak Na (kite larrr :))

Budak kecik ni pon ikut jugak tengok baby... suke nak bergambo jugak..tp x berapa clear sebab hari nak gelap da.. Afi dan Pak Jam...
 
Ok..sampai sini dulu..nanti bila balik kampong lagi kite story lagi..tak abih lagi pusing umah mak kite tu...hihi..tata!

No comments:

Post a Comment